Tuesday 21 June 2011

CORAL BAY RESORT

Resort kami bertaraf tiga bintang dengan pelbagai kemudahan serta menyediakan 11 dewan mesyuarat atau seminar, 169 bilik penginapan hotel dan 70 buah servis apartment.
Semua bilik hotel dan apartment dilengkapi kemudahan seperti telivisyen warna, pendingin hawa, pembacuh kopi, peti sejuk, telefon IDD, pengering rambut dan pelbagai kemudahan asas yang bermatlamat memberi keselesaan.


Pengunjung dapat merasakan suasana tenang dan merehatkan diri terutama daripada kesibukan serta suasana yang kurang menyenangkan di bandar.
Keadaan sebegini juga amat sesuai untuk mengadakan mesyuarat, seminar, bengkel atau aktiviti hari keluarga.

Pelbagai kemudahan rekreasi juga terdapat di sini seperti kolam renang dengan gelungsur dan air terjun, jacuzzi terbuka, spa, sauna lelaki dan perempuan, gimnasium , sukan air, sukaneka,bola tampar dan bola sepak pantai, trek joging, menjelajah pulau dengan bot laju atau van dan berbasikal. Motosikal ,basikal dan kereta sewa juga disediakan. Bagi mereka yang gemar dengan kegiatan laut seperti menyelam scuba dan menerokai keindahan dasar laut, boleh mendapatkan keterangan dari kaunter kami.

Makanan masakan ala' kampung, asian atau western yang halal disediakan di restoran Moonlight Serenade sambil menikmati suasana ketenangan.



Pihak resort menawarkan pelbagai pakej dengan harga istimewa. Resort ini juga amat berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai program dan aktiviti anjuran jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

No comments: