Tuesday, 21 June 2011

CORAL BAY RESORT

Resort kami bertaraf tiga bintang dengan pelbagai kemudahan serta menyediakan 11 dewan mesyuarat atau seminar, 169 bilik penginapan hotel dan 70 buah servis apartment.
Semua bilik hotel dan apartment dilengkapi kemudahan seperti telivisyen warna, pendingin hawa, pembacuh kopi, peti sejuk, telefon IDD, pengering rambut dan pelbagai kemudahan asas yang bermatlamat memberi keselesaan.


Pengunjung dapat merasakan suasana tenang dan merehatkan diri terutama daripada kesibukan serta suasana yang kurang menyenangkan di bandar.
Keadaan sebegini juga amat sesuai untuk mengadakan mesyuarat, seminar, bengkel atau aktiviti hari keluarga.

Pelbagai kemudahan rekreasi juga terdapat di sini seperti kolam renang dengan gelungsur dan air terjun, jacuzzi terbuka, spa, sauna lelaki dan perempuan, gimnasium , sukan air, sukaneka,bola tampar dan bola sepak pantai, trek joging, menjelajah pulau dengan bot laju atau van dan berbasikal. Motosikal ,basikal dan kereta sewa juga disediakan. Bagi mereka yang gemar dengan kegiatan laut seperti menyelam scuba dan menerokai keindahan dasar laut, boleh mendapatkan keterangan dari kaunter kami.

Makanan masakan ala' kampung, asian atau western yang halal disediakan di restoran Moonlight Serenade sambil menikmati suasana ketenangan.



Pihak resort menawarkan pelbagai pakej dengan harga istimewa. Resort ini juga amat berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai program dan aktiviti anjuran jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

Monday, 20 June 2011

HUBUNGI KAMI

Sales Person 
Cik Ita & Cik Yana

Contact Number
Office No: 05-6852163
Fax No: 05-6852163

Alamat
Pangkor Coral Bay Resort
Lot 34,Pasir Bogak
32300 Pulau Pangkor,
Perak.

PAKEJ-PAKEJ

Coral Bay Resort berpengalaman dalam mengendalikan pakej-pakej kerajaan. Menyediakan penginapan yang mampu menampung lebih 800 orang peserta dan 12 dewan serba lengkap serta kakitangan yang cekap, resort ini sering menjadi pilihan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, begitu juga kumpulan-kumpulan dari sektor swasta, universiti, sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bagi program-program kursus, latihan, seminar, mesyuarat, hari keluarga, percutian tahunan, perkhemahan dan sebagainya.

Selain daripada itu, resort ini mempunyai ciri-ciri yang unik seperti berhadapan dengan pantai dan kawalan keselamatan 24 jam. Lokasinya juga tidak jauh daripada kemudahan awam seperti Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos ,Perpustakaan Awam, Dataran Pangkor, Pusat Perniagaan dan Bank.

PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN:-
~Pakej Biasa
~Pakej Kerajaan
~Pakej Hari Keluarga
~Pakej Percutian Tahunan Korporat
~Pakej Belia
~Pakej Pelajar (Kolej/Universiti)
~Pakej Sekolah
~Pakej-pakej Agensi Pelancongan
~Pakej Pelancong Luar (Penginapan jangka panjang)

PETA PANGKOR

Pulau Pangkor terletak di luar muara Sungai Dindings. Dari Lumut anda perlu menaiki feri untuk sampai ke jeti Pangkor. Feri berkhidmat dengan kekerapan perjalanan setiap setengah jam. Perjalanan pula memakan masa selama 30-40 minit. Dari jeti Pangkor anda boleh menaiki teksi van untuk pusing pulau dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti Kilang Satay (Hasil Laut), Pekan Pangkor, Taman Fu Ling Kong (Mini Great Wall), Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedong, Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk.

Pulau ini mempunyai penduduk hampir 30,000 orang. Pekerjaan utama ialah nelayan. Selain perikanan ,industri kedua terpenting ialah pelancongan yang sedang membangun dengan pesat. Pulau Pangkor telah dirancang untuk dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2015.
Pulau ini amat menarik kerana memiliki pantai yang cantik dan bersih. Antaranya ialah Pasir Bogak, Teluk Ketapang, dan Teluk Nipah.

Keadaan bentuk muka bumi pulau ini yang berbukit bukau serta pengekalan hutan dara menjadikan ia destinasi yang popular bagi penggemar-pengemar sukan lasak (outdoor) seperti Junggle-Trekking dan sebagainya.Pulau kecil si Selat Melaka ini kaya dengan sejarah,menjadi rebutan penjajah beberapa kurun yang lalu,kini ia sering didatangi pelancong luar negeri yang jatuh cinta pada keindahannya.


                                                      

Sunday, 19 June 2011

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Coral Bay Resort Pangkor menawarkan anda 2 jenis penginapan iaitu Bilik Hotel dan Bilik Apartment. Bilik Hotel iaitu STANDARD, DELUXE, dan SUITE ROOM manakala bilik apartment iaitu APARTMENT 2 BILIK, APARTMENT 3 BILIK dan PENTHOUSE.


Kedua-dua jenis penginapan lengkap dengan kemudahan berikut ;
Alat penghawa dingin, Katil pelamin / 2 katil bujang, Bilik air lengkap dengan alat mandian panas, Television lengkap dengan astro, Minibar, Alat pengering rambut, Kemudahan telefon IDD, Kemudahan minuman panas seperti kopi/teh.

HARGA BILIK

Harga Bilik Coral Bay Resort
Jenis
Bilik
Ahad-JumaatCuti
Sekolah/Sabtu
Cuti
Umum
Standard RoomRM160RM190RM260
termasuk
sarapan pagi untuk 2 orang
Deluxe RoomRM200RM250RM310
termasuk
sarapan pagi untuk 3 orang
2-Rooms ApartmentRM250RM320RM400
termasuk
sarapan pagi untuk 4 orang
3-Rooms ApartmentRM310RM400RM490
termasuk
sarapan pagi untuk 6 orang
PenthouseRM330RM440RM530
termasuk
sarapan pagi untuk 6 orang
*Harga Bilik TERKINI untuk tahun 2011