Coral Bay Resort berpengalaman dalam mengendalikan pakej-pakej kerajaan. Menyediakan penginapan yang mampu menampung lebih 800 orang peserta dan 12 dewan serba lengkap serta kakitangan yang cekap, resort ini sering menjadi pilihan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, begitu juga kumpulan-kumpulan dari sektor swasta, universiti, sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bagi program-program kursus, latihan, seminar, mesyuarat, hari keluarga, percutian tahunan, perkhemahan dan sebagainya.
Selain daripada itu, resort ini mempunyai ciri-ciri yang unik seperti berhadapan dengan pantai dan kawalan keselamatan 24 jam. Lokasinya juga tidak jauh daripada kemudahan awam seperti Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos ,Perpustakaan Awam, Dataran Pangkor, Pusat Perniagaan dan Bank.
PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN:-
~Pakej Biasa
~Pakej Kerajaan
~Pakej Hari Keluarga
~Pakej Percutian Tahunan Korporat
~Pakej Belia
~Pakej Pelajar (Kolej/Universiti)
~Pakej Sekolah
~Pakej-pakej Agensi Pelancongan
~Pakej Pelancong Luar (Penginapan jangka panjang)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment