Monday, 20 June 2011

PETA PANGKOR

Pulau Pangkor terletak di luar muara Sungai Dindings. Dari Lumut anda perlu menaiki feri untuk sampai ke jeti Pangkor. Feri berkhidmat dengan kekerapan perjalanan setiap setengah jam. Perjalanan pula memakan masa selama 30-40 minit. Dari jeti Pangkor anda boleh menaiki teksi van untuk pusing pulau dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti Kilang Satay (Hasil Laut), Pekan Pangkor, Taman Fu Ling Kong (Mini Great Wall), Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedong, Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk.

Pulau ini mempunyai penduduk hampir 30,000 orang. Pekerjaan utama ialah nelayan. Selain perikanan ,industri kedua terpenting ialah pelancongan yang sedang membangun dengan pesat. Pulau Pangkor telah dirancang untuk dijadikan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2015.
Pulau ini amat menarik kerana memiliki pantai yang cantik dan bersih. Antaranya ialah Pasir Bogak, Teluk Ketapang, dan Teluk Nipah.

Keadaan bentuk muka bumi pulau ini yang berbukit bukau serta pengekalan hutan dara menjadikan ia destinasi yang popular bagi penggemar-pengemar sukan lasak (outdoor) seperti Junggle-Trekking dan sebagainya.Pulau kecil si Selat Melaka ini kaya dengan sejarah,menjadi rebutan penjajah beberapa kurun yang lalu,kini ia sering didatangi pelancong luar negeri yang jatuh cinta pada keindahannya.


                                                      

No comments: